Kini tular di media sosial, Twitter dimana Daniel Cheng yang merupakan orang kurang upaya berkerusi roda dan juga merupakan peniaga Orang Kurang Upaya (OKU) dilabelkan fishy (diragui) kerana pesanan yang dibuat lambat diterima pelanggan sejak bulan Ogos lalu.
Cheng berkongsikan sebuah ciapan di lama Twitternya mengatakan ada seorang individu yang dipanggil ‘akak’ meminta semula wang tempahan dipulangkan semula kerana menunggu terlalu lama.
Difahamkan peniaga tersebut telah memulangkan semula wang itu tetapi lain pula yang jadi apabila pelanggan tersebut tweet di laman Twitternya mengatakan peniaga OKU ini sedikit meragukan.
Aq rase sangat sedih dan tertekan. Aq baru je kena buli je dekat sini semalam. Aq ni Oku manage jualan biskut ni seorang seorang. Ade customer ni mintak refund sebab dia kata dia Tgu lama since august. Ok aq pon refund tp aq x sangka dia post dekat tweet pulak mengatakan aq fishy
— Daniel Cheng (@danielcheng91) November 21, 2021
Oleh kerana itu, nama baik serta perniagaannya terjejas dan tercemar. Ia membuatkan Cheng berasa amat sedih dan tertekan dengan apa yang sedang berlaku.
Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, netizen meninggalkan komen bercampur-baur. Ada yang mendoakan agar peniaga biskut itu sentiasa dimurahkan rezeki dan anggap semua yang berlaku adalah ujian buatnya.
Dalam pada masa yang sama, ada juga warganet yang mempersoalkan tentang bagaimana pesanan biskut pelanggan mengambil masa yang lama sehingga memakan masa berbulan-bulan untuk disiapkan olehnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan dibawah.
The post Pesanan Dibuat Lambat Diterima Pelanggan, Peniaga Biskut OKU Sedih Dipanggil ‘Fishy’ Di Twitter first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments