#Hiburan: “Pandai Pilih Tarikh..” Janna Nick Muat Naik Foto Pakai Baju Kahwin, Rupa-Rupanya..

Pelakon dan pengacara Janna Nick baru-baru ini menimbulkan kekecohan di kalangan peminat apabila dia ada berkongsi foto memaparkan dia mengenakan busana pengantin bertemakan tradisional di Instagram.

Advertisement

Tampil berseri dan mewah dengan busana perkahwinan berwarna biru itu, Janna juga menulis kapsyen tarikh 1.11.2021 bersama emoji cincin yang ternyata mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menyangka pelakon berkenaan sudah pun selamat mendirikan rumah tangga, ruangan komen foto tersebut dihujani ribuan ucapan tahniah daripada peminat.

Advertisement

Dia kemudiannya menghuraikan persoalan yang berbangkit dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Saya belum lagi bernikah atau berkahwin..foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran. Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja.

Rupa-rupanya, Janna hanyalah menunjukkan ‘teaser’ drama lakonan terbarunya yang berjudul Shakira yang kini masih dalam penggambaran.

Terdahulu, teman wanita kepada Dini Schatzmann ini memaklumkan bahawa dia akan berkahwin setelah rambutnya melepasi paras pinggang.

Dalam pada itu, Janna berkata dia akan berkongsi berita gembira itu apabila sudah tiba masanya kelak kepada peminat.

“Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apapun doakan yang terbaik untuk kami.” ujarnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pandai Pilih Tarikh..” Janna Nick Muat Naik Foto Pakai Baju Kahwin, Rupa-Rupanya.. first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments