Umum mengetahui pelakon Maya Karin seorang wanita yang sangat jelita dan beliau sendiri tidak menafikan ada beberapa orang lelaki tempatan mendekati dirinya sejak kembali solo pada tahun 2010 termasuk juga seorang jejaka dari Australia.
Walau bagaimanapun, aktres tersebut mengetahui ketika ini dia lebih pilih untuk berkawan dengan semua orang kerana mahu lebih fokus kepada kerjayanya.
Maya mendedahkan hal tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung Instagram Bersama Penggiat Seni, anjuran Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melalui topik Aku Pelakon Terbaik, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Sesi siaran langsung tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada tarikh 10 December bulan depan.
Terdahulu, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum bercerai dengan talak satu tanpa anak.
Dalam hal lain pula, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu turut berkongsikan berkenaan dengan anxiety disorder yang dihadapi oleh dirinya dan disebabkan itu dia tidak dapat watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.
The post 11 Tahun Hidup ‘Single’, Maya Karin Akui Didekati Jejaka Tempatan Dan Australia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments