#Hiburan: Shaheizy Sam Usung TV Ke Hotel, Gara-Gara Isteri Alami Alahan Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri

Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin mendedahkan bahawa dia mengalami alahan pelik iaitu tidak boleh berada dalam rumah sendiri sepanjang kehamilan ketiganya ini.

Advertisement

Syatilla kemudiannya memaklumkan bahawa dia ‘bertarung’ sepanjang dua minggu untuk melawan alahan pelik tersebut.

Berikutan itu, suami kepada Syatilla, pelakon Shaheizy Sam telah menyewa hotel selama beberapa hati malah turut membawa televisyen milik mereka sekeluarga ke tempat penginapan tersebut.

Sanggup bawa TV besar dari rumah supaya tak boring. Kalau dah bawa TV maksudnya bukan duduk sekejap eh. 2 minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ini..tewas akhirnya..

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana terpaksa berkorban dan menghadapi bersama-sama dugaan hamil kali ini.

Advertisement

Syatilla dalam pada masa yang sama berharap agar kelahiran bayi ketiga ini baik-baik sahaja dan sihat walafiat kerana tiada apa yang lebih diharapkan hanyalah kesejahteraan anaknya itu.

Terdahulu, Syatilla pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan jika diikutkan, kehamilan kali ini adalah anak ke-6 buat dirinya.

Sekadar info, Syaheizy dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shaheizy Sam Usung TV Ke Hotel, Gara-Gara Isteri Alami Alahan Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments