Dugaan demi dugaan menimpa anak sulung pelakon Nazrief Nazri iaitu Noah yang baru berusia dua bulan apabila terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor akibat jangkitan kuman dalam darah.
Nazrief berkata, Noah yang sebelum ini positif COVID-19 dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak kelmarin selepas masih belum pulih dari demam panas.
Selepas membawanya ke hospital, doktor memaklumkan Noah mengalami jangkitan kuman dalam darah. Malah demam panasnya juga turun naik sehingga pernah mencecah 39.5 darjah selsius.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon tersebut tidak menyangka anak sulungnya itu akan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu melalui semua ini dan berasa sedih kerana tidak membawa Noah ke hospital terlebih dahulu.
Terdahulu, Noah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu di sebuah perubatan swasta di Putrajaya disahkan positif COVID pada 21 September lalu, bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana anak sulungnya itu dijangkiti virus berbahaya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Selepas Positif COVID-19, Nazrief Nazri Maklum Kini Anak Ada Jangkitan Kuman Dalam Darah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments