Usahawan kosmetik, Ashh & Annas ada berkongsikan gelagat pelakon jelita Izara Aishah ketika sesi penggambaran koleksi tudung terbaru di bawah jenama mereka.
Dalam hantaran video pendek tersebut, Izara kelihatan tertawa sebaik sahaja sebuah lagu dimainkan di latar belakang.
View this post on Instagram
Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka.
Dalam pada itu, Ashh & Annas turut mendedahkan bahawa Izara ada membuat permintaan khas iaitu mahu tudung dilabuhkan.
Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, zara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’.
Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, ramai peminat memuji kecantikan semula jadi ibu anak satu ini dan koleksi tudung berkenaan.
View this post on Instagram
Sekadar info, Izara telah tampil bertudung litup sepenuhnya sekitar pertengahan bulan lalu.
Perubahan itu ternyata mengundang komen positif daripada netizen, malah Izara turut memadam foto lamanya yang tidak menutup aurat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Pakai Apa Pun Cantik, Izara Aishah Minta Tudung Labuh Untuk Sesi Penggambaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments