Hanya mencuba dan sekadar suka-suka pada awalnya, pelakon Syafie Naswip berkata dia mula serius dengan hobi bercucuk tanam serta berhasrat untuk memiliki kebun sendiri pada suatu hari nanti.
Syafie atau nama sebenarnya, Mohd Syafie Naswip,29, dia mula bercucuk tanam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak tahun lalu.
Jelasnya lagi, dia berasa bosan ketika PKP dan mula menanam pokok di halaman rumah. Semakin rancak berkebun, Syafie berhasrat untuk mempunyai kebun atau nurseri sendiri jika diizinkan Allah S.W.T.
Bila dah mula itu lama-lama jadi minat dan makin rancak pula berkebun. Sehinggakan kalau saya shooting dan ada jarak masa dua hari saya sanggup balik untuk jaga pokok-pokok yang saya tanam. Insya-Allah, jika ada rezeki saya nak ada kebun atau nurseri sendiri..saya nak kembangkan lagi minat saya ni.
Ujar Syafie, sepanjang bergelumang dengan hobi itu, dia sudah mengeluarkan modal lebih kurang RM10,000 dalam mengusahakan kebun tanamannya yang diberi nama Kebun Bujang Nilai.
Antara pokok yang ditanam pelakon filem Mukhsin ini antaranya adalah tanaman herba, sayuran dan buah-buahan.
Saya pun tak berapa tahu kos sebenar sebab saya beli barang semua sikit-sikit..tapi saya boleh anggarkan kos dalam RM10,000 setakat ini. Bila saya nampak ada ruang kosong, saya akan tambah lagi mana pokok yang boleh tanam.
Perkembangan terbaru, Syafiq memaklumkan bahawa dia sedang dalam usaha menurunkan berat badan sebagai persiapan untuk berlakon dalam sebuah naskah filem terbaharu, tidak lama sahaja lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Minat Bercucuk Tanam, Syafie Naswip Labur RM10k Untuk ‘Kebun Bujang’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments