Selebriti terkenal Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen dalam media sosial hari ini apabila memuat naik sebuah video menggunakan aplikasi tekaan wajah bayi hasil gabungan rupa paras ibu bapa.
Video terbabit menunjukkan bayangan dua wajah iaitu bayangan anak lelaki dan perempuan hasil gabungan wajahnya dengan suami tercinta, Haris Ismail dengan menggunakan sebuah aplikasi.
Pada mulanya, ramai yang menyangka video tersebut dihasilkan oleh kumpulan peminat fanatik bekas pengacara MeleTOP tersebut, namun sebaliknya rata-rata memberitahu kandungan tersebut dimuat naik sendiri oleh Neelofa.
@neelofaaa? original sound – Neelofa
Kebanyakkan peminat berasa terkejut kerana tidak menyangka selebriti berniqab itu memuat naik video tersebut serta memiliki akaun TikTok sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ramai yang menganggap video tersebut merupakan hint Neelofa untuk membuat hebahan awal kepada umum bahawa dia sedang hamil anak pertama.
Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai dia sedang hamil anak pertama sering diperkatakan oleh netizen selepas selalu kelihatan penat dan memegang perutnya dalam beberapa sesi siaran langsung dalam Instagram, namun baik Neelofa mahupun Haris, masing-masing masih mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Main Teka-Teka Wajah Bayi, Neelofa Bagi ‘Hint’ Pada Peminat? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments