#Hiburan: Kamal Adli Nafi Bakal Bernikah Bersama Uqasha Senrose Dalam Masa Terdekat

Tular sebelum ini bakal mendirikan rumah tangga bersama tunang tercinta, Uqasha Senrose dalam masa terdekat, pelakon Kamal Adli keras menafikan hal tersebut.

Advertisement

Menurut Kamal kepada pihak Berita Harian, dirinya dan Uqasha terikat dengan komitmen kerja yang dipersetujui awal, malah dalam pada masa yang sama beliau akan mengendalikan program terbaru, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) bersiaran di TV3 bermula 31 Oktober.

Jadi, kami tidak akan berkahwin selagi program LCK3 masih berjalan mahupun sudah selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Sebelum ini, khabar angin pasangan itu bakal bernikah dalam masa terdekat dikuatkan lagi apabila aktres Uqasha Senrose melakukan majlis parti bujang bertemakan Sepanyol yang berlangsung di sebuah kediaman di ibu kota pada 6 Oktober lalu.

Advertisement

Walaupun didesak oleh pihak media, pelakon drama Duda Pujaan Dara dan Perempuan Tanpa Dosa itu memilih untuk tidak memberitahu tarikh perkahwinan mereka.

Kamal Adli dan Uqasha

Terdahulu, Kamal melamar Uqasha secara terbuka di satu pentas anugerah MeleTOP Era pada Disember, tahun lalu dan telah mengikat tali pertunangan pada 4 April yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kamal Adli Nafi Bakal Bernikah Bersama Uqasha Senrose Dalam Masa Terdekat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments