#Hiburan: Gandingan Nama Bersama Bekas Suami, Rita Rudaini Dedah Asal Usul Nama Anak ‘Airit’

Pelakon terkenal yang juga ibu tunggal kepada dua orang anak, Rita Rudaini ada menceritakan asal usul nama permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Rita ketika dia terjumpa beberapa helai jersi bola sepak yan tertera gabungan namanya dan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak iaitu Airit.

Ceritanya..tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang..lepas tu terjumpa jersey lama..tunjuk kat Ryan dan Juna. Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta..daddy main dengan Negeri Sembilan, lepas tu Daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi la nama Airit.

Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah, teruja mereka dengar sebab Ryan kata lamanya nama ni..

Rita menceritakan mengenai momen-momen tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menyuruh Rita untuk menyimpan jersi tersebut dan tidak diberikan kepada orang lain kerana sangat ianya bernilai dan boleh dibuat kenangan untuk kedua anaknya.

Sekadar info, Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah pada tahun 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Gandingan Nama Bersama Bekas Suami, Rita Rudaini Dedah Asal Usul Nama Anak ‘Airit’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments