#Hiburan: Anak Sulung Mula Tanya Soal Teman Hidup, Ini Respon Norman Hakim

Pelakon, Norman Hakim merupakan salah seorang figura bapa yang boleh dijadikan contoh. Dia dilihat sangat akrab dengan ahli keluarga dan sering meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Advertisement

Terbaru, Norman Hakim mendedahkan dia akan memanfaatkan hari cuti anak terunanya, Danish Hakim dengan bersenam dan berbual dari hati ke hati mengenai pelbagai topik.

Kali ini Danish yang kini berusia 22 tahun mula bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan hidup.

Advertisement

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon menasihatinya agar fokus kepada impian dan cita-cita terlebih dahulu. Katanya, jodoh akan datang sendiri pada waktu yang tepat.

Namun begitu, Norman menyerahkan segala pilihan dan keputusan di tangan anaknya. Dia meminta Danish memohon bantuan dan petunjuk dari Allah SWT.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anak Sulung Mula Tanya Soal Teman Hidup, Ini Respon Norman Hakim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments