Pelakon sensasi, Rita Rudaini berkata dirinya tak kisah jika dianggap ‘kecoh’ mengenai pencapaian anak-anak meskipun ia dianggap biasa oleh sesetengah pihak.
Kata Rita, dia hanya menunjukkan rasa bangga dengan apa yang dicapai oleh kedua orang anaknya itu kerana ia adalah momen yang sangat berharga buat dirinya.
View this post on Instagram
Biarlah orang nak kata ‘ala exam biasa pun je nak bangga nak kecoh’. Tapi pada sistur walaupun anak-anak menang main guli atau lari dalam guni sekali pun, sistur tetap bangga. Sebagai ibu, setiap momen itu adalah sentimental value untuk sistur.
Kenyataan itu dibuat pelakon filem Anak Mami Junior ini setelah dia ada memuat naik sebuah video pendek memaparkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 12, yang baru sahaja memperoleh Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek.
Lebih membanggakan, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 dan pelajar terbaik bagi subjek bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Dalam pada itu, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih buat para guru yang tidak lelah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah.
“Dia malu tengok gambar sendiri..hensem ikut bapak, cerdik ikut mak..Alhamdullilah..” tulisnya lagi di bahagian kapsyen video tersebut.
Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Anak Dapat Anugerah Kecemerlangan, Rita Rudaini Tak Kisah Orang Mengata Dirinya ‘Kecoh’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments