Pelakon veteran, Noryati Taib yang popular dengan panggilan Mak Cik Petir dilaporkan kini positif COVID-19.
Berita tersebut telah dimaklumkan anak saudara kepada Noryati, sutradara Shahrulezad Mohameddin yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat menerusi akaun sosial Instagramnya, semalam.
Budak Ijat turut memuat naik video pendek memaparkan makciknya itu sedang menunggu kehadiran ambulans untuk dibawa ke hospital berdekatan.
View this post on Instagram
“Mak cik saya, Mak Cik Petir sah positif COVID-19. Video ini diambil semasa Mak Uda tengah tunggu ambulans datang ambil. Yang baring itu sepupu saya. Dia juga positif, cuma simptom Ezzah tak seteruk Mak Uda. Mungkin faktor usia.”
Pengarah drama popular Nur itu turut memohon doa orang ramai agar kesihatan mak ciknya itu pulih seperti biasa dan memperoleh ketenangan berikutan kebimbangan Mak Uda Yati untuk berjauhan serta keseorangan di hospital.
“Saya merayu semua peminat Mak Uda Yati agar dapat mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia. Saya tahu dia tengah gelisah sebab di hospital nanti dia seorang saja. Tak ada siapa dapat temankan dia.”
Mak Cik Petir sebelum ini dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam drama rantaian seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana itu juga pernah menghidapi penyakit komplikasi Diabetes dan jangkitan kuman pada paru-paru beberapa tahun lalu.
The post Gelisah Keseorangan Di Hospital, Pelakon ‘Mak Cik Petir’ Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments