#Hiburan: “En Sajat Nak Murtad, Salah Siapa?” PU Syed Titip Nasihat Sajat Supaya Kembali Pada Fitrah

Nampaknya belum reda lagi isu Sajat yang kini diburu JAIS setelah sebuah waran tangkap telah dikeluarkan untuk urusan penangkapan pengusaha kosmetik terkenal itu.

PU SyedSumber : Google  

Terbaru, Sajat dilaporkan ‘hilang’ dari kediaman setelah anggota pihak berkuasa datang ke rumah untuk penahanan Sajat, menurut beberapa laporan media tempatan.

Advertisement

Tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pandangan, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri tampil memberi nasihat mengenai kes tersebut yang dakwanya mahu murtad daripada pegangan agama Islam.

Kata PU Syed, Sajat seharusnya tidak tampil menyalahkan mana-mana pihak tapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI AL YAHYA™ (@_pusyed)

Perkongsian tersebut telah dikongsikan pendakwah bebas tersebut menerusi akaun Instagram untuk tatapan pengikut media sosial miliknya.

“Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial? Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

Terdahulu, Sajat penah meluahkan hasrat untuk keluar daripada agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

SajatSumber : Google  

6 Januari lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berikut.  Pertuduhan terhadap pengusaha kosmetik itu dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

The post “En Sajat Nak Murtad, Salah Siapa?” PU Syed Titip Nasihat Sajat Supaya Kembali Pada Fitrah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments