Umum sedia maklum, Janna Nick kini sedang hangat menjalin cinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Schatzmann. Hubungan mereka bukan lagi satu rahsia apabila Janna Nick dilihat sering memuat naik foto meluangkan waktu bersama. Sama cantik dan sama padan, ramai yang menganggap pasangan ini umpama pinang yang dibelah dua!
Menerusi posting terbaru di Instagram, Janna Nick berkongsi cerita awal perkenalan di mana mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Mereka juga sering bergaduh kerana tidak faham dengan perangai masing-masing. Alahai comel je.
View this post on Instagram
Don’t lose your present to your past.
AdvertisementBeza perangai kitaorang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Awal awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing. Dia OCD, aku jenis bersepah (bersepah je la bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, makan dalam kereta tak boleh. So aku jadi rimas. Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku. (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan , lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama).
So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak. Lepas tu dia ni sejenis OVERTHINK teruk! Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress. Uish stress wei dengan orang yang overthink ni. Macam kau dah takde advise dah nak bagi untuk dia relax. Ayat aku selalu cakap “relax ok, jangan kerut sangat muka tu”.
Menurut pelakon Melastik Ke Hatimu ini, personaliti berbeza yang dimiliki mereka menjadikannya rimas dan seperti dikawal. Hal itu membuatkan jiwanya sedikit memberontak. Malah, dia juga terpaksa menjadi fake dalam bab makanan.
Lepas tu, INDECISIVE ! (dia akan confuse gila bila nak buat keputusan). Nak beli barang, nak order makanan, nak beli baju.. eh macam macam lah ! Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah, bab makanan! Ye…cara kitaorang makan, sangat lah berbeza yer. Aku ni makan la segala jenis mak nenek. Dia ni masa awal awal dulu , VEGAN! (vegan, yang makan daging/ ayam tipu tipu tu). Bayangkan, dating pun aku kena pura pura aku suka makan makanan dia. Padahal OK OK je lah.
Advertisement
Kata Janna Nick lagi, banyak perbezaan dari segi pemikiran dan didikan yang dilalui mereka berdua. Namun baginya, persekitaran, didikan dan pengalaman menjadikan seseorang itu berbeza dengan individu lain. Jadi, untuk hidup bersama, seseorang hendaklah memahami perkara-perkara tersebut.
Kau tak boleh salah kan masa silam dia, kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
Yang ada pengalaman pahit/sejarah hitam dalam hidup tu..tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.
KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH:
MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN.
Menurut pelakon ini, pasangan tidak boleh mengungkit kelemahan yang ada sebaliknya sama-sama mengambil jalan untuk menjadikan kelemahan itu sesuatu yang bermanfaat.
The post Beza Perangai ‘Langit & Bumi’, Janna Nick Kongsi Cerita Awal Perkenalan Dengan Kekasih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments