Diam tak diam, hanya tinggal sehari sebelum pasangan Intan Ladyana dan Harris Alif akan bergelar suami dan isteri.
Menurut Intan, mereka akan melangsungkan majlis tersebut secara tertutup pada Jumaat ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Berharap agar majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan, pelakon wanita itu memohon doa peminat dan juga orang ramai buatnya dan Harris.
Tak cukup dengan itu, dia juga mengakui agak sukar untuk menetapkan tarikh spesifik memandangkan pandemik COVID-19 yang masih menular kini.
“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap. Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar.”
Jelas Intan lagi, pernikahan itu akan berjalan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan ianya hanya akan melibatkan ahli keluarga terdekat.
“InsyaAllah doakan kami berdua.”
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Mesti Intan dan Harris tengah nervous sekarang ini kan?
The post Patuh SOP, Majlis Nikah Intan Ladyana Dan Harris Alif Berlangsung Jumaat Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments