Baru sahaja menimang cahaya mata kedua seminggu yang lalu, pelakon Scha Alyahya nampaknya telah mencuri perhatian netizen apabila tampil anggun ketika keduanya keluar rumah buat kali pertama bertujuan untuk melakukan pemeriksaan di hospital.
Isteri kepada personaliti TV Awal Ashaari itu dilihat telah memuat naik sekeping foto bersama anaknya yang diberi gelaran ‘baby L’ ketika dalam perjalanan menuju ke hospital berdekatan menerusi ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Namun yang lebih menjadi fokus utama netizen adalah apabila Scha tampil memakai seluar Jeans ketika masih dalam pantang.
Dia yang sebelum ini melahirkan baby L secara pembedahan C- Section dilihat amat selesa menggayakan seluar tersebut.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat bertanyakan sama ada Scha benar-benar selesa ataupun tidak malah ada yang memberi komen agak nyeri dan seriau jika seluar tersebut bergeser dengan bekas jahitan pembedahan di perut pelakon itu.
Enggan mendiamkan diri, Scha kemudian tampil menjelaskan bahawa seluar yang dipakainya itu bukanlah seluar jeans biasa namun khas untuk ibu lepas bersalin yang dikenali sebagai ‘maternity pants’.
Terdahulu, Scha telah selamat melahirkan anak keduanya pada tanggal 12 Februari yang lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Ibu Kota.
The post Baru Seminggu Bersalin Dah Pakai Seluar Jeans, Scha Alyahya Dikritik Netizen, Ini Jawapan Beliau first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments