#Hiburan: “Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini, Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang,”- Datin Alyah

Berang dengan sikap beberapa individu yang sering saja meninggalkan komen tidak berasas setiap kali dia memuat naik foto bersama suami kesayangan, penyanyi Datin Alyah tampil mempersoalkan apa sebenarnya yang di mahukan netizen daripada dirinya.

Datin AlyahSumber : Instagram Datin Alyah  

Menurut Alyah, komen berbaur sindiran pasti muncul apabila dia berkongsikan foto bersama Datuk Ramli MS di laman sosial, Instagram.

Advertisement

Tambah Alyah, kapsyen yang ditulis menerusi hantaran foto tersebut hanyalah bertujuan untuk gurauan bersama peminat namun disalah anggap oleh sesetengah peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang netizen nak sebenarnya? Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran.”

Penyanyi lagu Meluruh ini juga berkata bahawa dia tidak kisah jika ada orang mencaci dan menghina saya di ruangan lain namun jika di laman Instagram miliknya, ianya seolah-olah sudah melampaui batas seperti perumpamaan ‘masuk ke dalam rumah orang dan buat hal’ dan perkara tersebut tidak dapat diterima oleh Datin Alyah.

Advertisement

“Saya mesti simbah air panas dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang”, tambah Datin Alyah lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Ini berikutan kapsyen ‘I’m not ur bibik anymore. Kira seri bro,’ yang merujuk kepada susulan kapsyen hantaran sebelum ini ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh tidak lama dahulu.

“Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami ketika separuh akhir GV7 yang lalu. Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu.”

Dalam hantaran itu, Datin Alyah memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya bersama Datuk Ramli MS berpakaian sedondon yang diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli yang merupakan anak hasil perkongsian hidup dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.

The post “Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini, Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang,”- Datin Alyah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments