#Hiburan: Layanan Kasar Dan Menyakitkan Ketika Ujian Swab Test, Ruhainies Pertahan Petugas Barisan Hadapan

Demi komitmen kerja, pelakon Ruhainies difahamkan telah menjalani ujian calitan (swab test) kerana tanggungjawabnya demi keselamatan dan kesihatan diri dan orang sekeliling.

RuhianiesSumber : Instagram Ruhainies  

Mengakui berasa tidak senang duduk dan takut apabila melakukan ujian itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata tuntutan tugas untuk berada di set penggambaran mewajibkan dirinya untuk melakukan perkara itu.

Advertisement

Dia juga turut memuat naik video ketika ujian dijalankan menerusi ruangan Instagram sekadar perkongsian bersama peminat di media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

“Ini dia video swab test saya siang tadi. Bukti yang menunjukkan saya pun berani okay buat swab test. Sampai gementar tangan dengan kaki. Tapi takpa, ini pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain. Saya fikir takda kontak rapat, duduk rumah diam-diam tak keluar boleh selamat dan tak payah swab test hahaha. Takut punya pasal. Tapi dah nak mula masuk set penggambaran untuk kerja, kena juga buat. Aduh!”

Pelakon drama Menantu Ting Tong ini turut mengumumkan bahawa keputusan yang didapati usai ujian adalah negatif.

Meskipun begitu, lain pula reaksi peminat di ruangan komen apabila ada sesetengah daripadanya mendakwa layanan yang diberikan petugas kesihatan kelihatan terlalu kasar dan menyakitkan.

Komen IGSumber : Astro Gempak  

Namun Ruhaines tampil mempertahankan tindakan petugas barisan hadapan dan turut menyalahkan diri sendiri kerana tidak duduk diam ketika ujian dijalankan.

The post Layanan Kasar Dan Menyakitkan Ketika Ujian Swab Test, Ruhainies Pertahan Petugas Barisan Hadapan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments