#Hiburan: Beri Jambangan Bunga Berbentuk Wang Bernilai RM1,500, Ruhainies Buat Kejutan Untuk Ibu Kesayangan

Pelakon Ruhainies sekali lagi menarik perhatian peminat serta pengikut media sosialnya kerana tampil memberi kejutan buat ibu tersayang iaitu jambangan bunga berasaskan wang kertas yang bernilai RM1,500 sempena ulang tahun kelahiran ibu tersayang.

RuhainiesSumber : Instagram Ruhainies  

Ruhainies dilihat telah menghadiahkan jambangan bunga kepada Che Bunga Salleh itu menerusi laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Tambah pelakon kecil molek itu lagi, dia tidak dapat menghadiahkan hadiah barang kemas seperti tahun-tahun sebelum ini kerana bimbang untuk membawa ibunya keluar dalam keadaan negara dilanda wabak pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas  turut berkata bahawa adik-beradiknya yang lain turut memberikan hadiah berbentuk wang tunai pada sambutan hari lahir ke-60 ibu mereka itu pada malam Jumaat yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

“Kalau ikutkan, setiap tahun selalunya saya akan bawa ibu pergi ke kedai emas dan belikan dia rantai atau gelang..apa-apa saja tapi emas sebab dia suka. Tapi tahun ini PKP dan kes COVID pun semakin meningkat, saya tak berani nak bawa dia keluar. Jadi saya beri hadiah duit dan handphone baharu untuk dia. Jumlah duit pada jambangan bunga hanya RM1,500 sahaja. Sebab ini kali pertama saya tempah jambangan bunga duit macam itu..tak berani nak letak duit banyak sangat. Adik beradi lain pun beri duit sahaja untuk tahun ini.”

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari kelahiran buat ibu pelakon itu dan terhibur melihat keletah anak beranak ini.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Menafikan dakwaan seperti ingin menunjuk-nunjuk dan berlebihan, Ruhainie menjelaskan bahawa dia hanya ingin menggembirakan kedua ibu-bapa sementara keduanya masih hidup.

“Sementara semua orang masih ada dan dalam keadaan sihat, kita buat apa yang kita mampu untuk gembirakan mereka terutama ibu-bapa kita.”- Ruhainies

The post Beri Jambangan Bunga Berbentuk Wang Bernilai RM1,500, Ruhainies Buat Kejutan Untuk Ibu Kesayangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments