#Hiburan: ‘4 Tahun Aku Jaga Aib’ – Didakwa Buat Video Perli Netizen, Isteri Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar membuat pendedahan berani mengenai kecurangan suami buat kali kedua. Perkara tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Malah, mereka turut memberi kata-kata semangat memohon isteri, Rossalennah Natassyiah supaya tabah.

BACA: “Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami” – Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi?

Advertisement

Tidak lama selepas itu, pasangan suami isteri ini dilihat kembali berdamai malah Shuk berjanji untuk berubah dan setia demi keluarga tersayang. Namun, Rossalennah Natassyiah atau lebih mesra disapa Sera mengundang kecaman apabila didakwa menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya.

BACA: “Suami Saya, Hak Saya” – Netizen Bengang Isteri Buat Video TikTok ‘Back-Up’ Shuk Sahar

Menerusi posting terbaru di Instagram, Sera tampil mempertahankan diri dan menegaskan video yang viral di Tiktok itu sudah lama dirakam. Dia menjelaskan, video tersebut dimuat naik pada 14 Disember 2020 dan tiada kaitan dengan sindir menyindir.

Assalamualaikum. Sera nak betulkan semula. Ada yang kata sera perli netizen pasal buat video ni. Sedangkan video ni 14 december 2020. Kenapa xda yg nak betulkan bila sera cakap video ni fitnah. Memang nak pickup cerita yg fitnah ja. Kebenaran korang xnak pickup pula takut kena balik pula sebab share info x betul.

Advertisement

Saya pun tau risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun ak jaga aib. Bila jaga aib makin kena provoke mcm2. Ak diam sbb bila ak bsuara dulu orang cakap buka aib. Bila ak diam PELAKOR BERTEPUK TANGAN PADAN MUKA SEBAB X BERANI BERSUARA. Dan smp mati la isteri dalam dunia takut bersuara. Kalau kes isteri curang, cekin dengan lelaki lain d luar sana, ak rasa lelaki pun x boleh nak TAHAN la ada perempuan sanggup buat mcm tu. TOLONG kesian dulu nasib para isteri yg duduk rumah, jaga anak2, cari duit sendiri menjual sana sini!!! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia ka mcm tu. PELAKOR TEPUK TANGAN!!!!!!

Katanya tadi, dia sedar akan risiko yang dihadapinya apabila mendedahkan kebenaran mengenai rumahtangga. Sebelum ini, empat tahun dia hanya berdiam diri demi menjaga aib. Malah, ada yang membuat provokasi apabila dia memilih untuk menutup mulut.

Jelas Sera lagi, jika benar dia bertahan kerana duit suami sudah tentulah dia goyang kaki sahaja di rumah. Jika benar dia mata duitan, dia sendiri tidak akan mengusahakan perniagaan secara online. Malah, dia pernah menghulurkan bantuan ketika suami dilanda kesusahan.

 

The post ‘4 Tahun Aku Jaga Aib’ – Didakwa Buat Video Perli Netizen, Isteri Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments