#Hiburan: Bakal Timang Anak Pertama, Issey Pasang Impian Nak Anak Perempuan

Pelawak dan juga penyampai radio Suria FM, Issey mengumumkan berita gembira di mana dia dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup, tidak lama sahaja lagi.

IsseySumber : Instagram Issey  

Difahamkan isteri Issey, Noor Aimi Jamel kini sedang hamil empat bulan dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Advertisement

Issey yang dihubungi media menzahirkan perasaan syukur di atas rezeki kurniaan Ilahi dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka ini.

Dia dalam pada itu turut menjelaskan bahawa pada mulanya, mereka berdua tidak mahu hebahkan mengenai berita gembira itu ketika masih awal tempoh kehamilan kerana menunggu kandungan betul-betul kuat.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“Apabila doktor memberitahu isteri berbadan dua, saya orang paling teruja lebih-lebih lagi ini zuriat sulung saya. Alhamdullilah ini rezeki paling bermakna.”

Advertisement

Pemilik nama Fazlisham Mat Hussin ini juga berkata bahawa mereka berdua tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan namun dia memasang impian untuk memiliki anak perempuan.

Menurutnya lagi, imbasan kandungan masih belum dibuat dan mungkin akan dilakukan apabila kandungan sudah mencecah enam bulan.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“Apapun jantina bayi saya terima, asalkan anak dalam kandungan dan isteri sihat walafiat.”, ujar Issey.

Sekadar info, Issey dan isteri yang juga merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak telah diijabkabulkan pada 22 Disember 2019 yang lalu. Issey juga pernah bernikah kali pertama sebelum ini namun bercerai setahun kemudian dan tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

The post Bakal Timang Anak Pertama, Issey Pasang Impian Nak Anak Perempuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments