Rasanya semua sedia maklum bahawa penyanyi terkenal negara, Zamani kini sedang menghidapi penyakit tulang belakang melengkung ataupun dikenali sebagai Skoliosis sejak dahulu lagi.
Dia yang sebelum ini menjalani rawatan penyakit tersebut kini terpaksa berhenti seketika kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi.
Penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut mengakui bahawa pendapatannya turut terjejas sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada ketika ini.
Menurut Zamani, setiap kali rawatan mengurut dia perlu membelanjakan wang sekitar RM300 hingga RM400 setiap sesi.
View this post on Instagram
“Buat masa ini saya berhenti dulu. Namun, kalau rasa sakit sangat saya buat urutan sendiri seperti yang diajar. Hidup memang ada fasa-fasanya dan kita kena lalui apa yang berlaku sekarang.”
Advertisement
Dia yang ditemui media turut tidak segan silu mengakui ada memohon bantuan untuk golongan B40 yang ditawarkan kerajaan sebelum ini.
Malah menurutnya lagi, dia kini tidak berbelanja secara berlebihan dan hanya menggunakan wang untuk perkara yang perlu sahaja.
View this post on Instagram
“Apa nak dimalukan kerana artis juga perlukan pendapatan. Pada saya tiada salahnya perkara ini. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana semua orang terkesan kini. Semata-mata nak elak malu, tapi hidup susah tak guna juga. Apapun terpulang kepada cara masing-masing dan saya tak malu untuk mengakui perkara ini. Lagipun saya dah pernah rasa susah dulu..”
Dalam pada itu, penyanyi utama kumpulan Slam ini dilaporkan turut mengeluarkan syampu jenama Salju yang akan mula dipasarkan di platform perniagaan atas talian seperti Shopee dan ilike_global tidak lama lagi.
Malah, dia juga bakal menerbitkan buku biografi mengenai dirinya yang berjudul Hitam Putih Sebuah Autobiografi yang akan dijual di laman web kru2u.originals. Buku tersebut dihasilkan menerusi usaha sama dengan syarikat KRU dan akan dicetak sebanyak 300 naskah untuk edisi kali pertama dengan harga sekitar RM39.90 senaskah.
The post Tak Ada Duit, Zamani Hentikan Rawaran Skoliosis Berikutan Kos Rawatan Yang Tinggi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments