#Hiburan: Kini Jadi Penyampai Radio Era FM, Sherry Alhadad Akui Fikir Panjang Sebelum Terima Tawaran

Personaliti TV dan juga pelakon, Sherry Alhadad kini bergelar penyampai radio Era FM bersama-sama rakan penyampai yang lain bagi segmen pagi bersama Johan, Hanif dan Ray (JoHaRaRy) sejak hari Isnin yang lalu.

Sherry AlhadadSumber : Instagram Sherry Alhadad  

Mengakui berfikir panjang sebelum menerima tawaran tersebut, Sherry berkata tawaran itu diterimanya kerana sudah sampai waktu untuk dia mencuba bidang baru dalam industri seni hiburan.

Advertisement

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad itu menambah, dia harus memikirkan tanggungjawab dan memberikan yang terbaik setelah ditawarkan kerja, bukanlah menerimanya dan kemudian bersikap lepas tangan.

Dedahnya lagi, sejak awal kemunculan dalam industri seni, Sherry sudah menerima tawaran kerja sebagai penyampai radio namun enggan mengambil risiko kerana memikirkan dirinya masih hijau dalam industri.

View this post on Instagram

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

“Ketika itu saya fikir kalau berada dalam konti, tawaran berlakon kurang sebab orang tahu kita ada tanggungjawab lain. Jadi mesti tak nak ambil berlakon dan tidak ada masa. Jadi saya tolak dengan cara baik. Lagipun saya masih nak cuba teroka dulu industri hiburan dengan berlakon dan mengacara.”

Advertisement

Dia yang ditemui media berkata, apabila sudah mengambil masa yang lama dalam menyusun aktiviti kerjaya, akhirnya pada tahun ini dia menerima semula tawaran bergelar juruhebah radio.

Mengakui dirinya agak gementar dan teruja untuk membawa satu lagi cabang karier dalam perjalanan seninya, pelakon drama The Maid ini menjelaskan perasaan itu timbul kerana radio bukanlah platform utamanya apabila mengacara.

“Perasaan teruja dalam masa sama gementar sebab radio bukan platform saya. Saya selalu berada atas pentas dan bercakap depan penonton. Tapi sekarang kena bercakap sesama sendiri dan tidak ada penonton. Gementar juga, jadi teruja berbaur cemass, takut dan gementar..”- Sherry Alhadad

The post Kini Jadi Penyampai Radio Era FM, Sherry Alhadad Akui Fikir Panjang Sebelum Terima Tawaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments