Pelakon wanita yang semakin meningkat naik namanya, Riena Diena dilaporkan telah dipilih menjadi rakan penyampai dalam segmen Geng Pagi Hot (GPH) bagi menggantikan Shuk Sahar yang diberhentikan pada minggu lalu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal,24, sebelum ini popular dan dikenali dengan watak ‘Lailer’ menerusi drama Kampung People. Dia yang sering saja tampil ceria dan spontan akhirnya terpilih untuk menemani dua lagi rakan penyampai GPH iaitu Fizie dan Mark Adam.
Dia yang ditemui media meluahkan rasa syukur kerana tahun 2021 merupakan permulaan yang baik untuk dirinya. Tidak menyangka dia akan bertukar cabang karier ke arah penyampai stesen radio, Riena berharap perkara tersebut dapat membuka peluang untuk dirinya mempelajari sesuatu yang baru.
Riena yang sebelum ini pernah bersiaran di konti radio tersebut sebagai pengganti turut tidak menyangka rezeki yang diterimanya apabila terpilih untuk menjadi penyampai secara tetap.
View this post on Instagram
“Jika sebelum ini saya bersiaran sebagai pengganti sementara bersama Haziq dan Deen, rezeki berpihak kepada saya kerana ditawarkan sebagai penyampai tetap pula. Saya masih baru dalam bidang penyiaran radio dan banyak lagi yang perlu dipelajari.”
Dia dalam pada itu menzahirkan perasaan terhutang budi kepada watak Lailer kerana seolah-olah telah membuka mata kepada penggerak seni tempatan untuk mengenali siapa dirinya sebagai pendatang baru dalam industri hiburan.
View this post on Instagram
Terdahulu, pelakon dan penyanyi Mark Adam terlebih dahulu diberi mandat untuk bersama-sama Fizie bagi memeriahkan segmen GPH itu pada 15 Februari yang lalu.
The post Ceria Dan Spontan Jadi Faktor Utama, Riena Diena Kini Penyampai Geng Pagi Hot (GPH) Menggantikan Shuk Sahar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments