Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu MK telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik sedutan video TikTok di laman Instagramnya yang berjaya mencairkan hati peminat.
Lengkap berpakaian baju melayu serta bersongkok, dia yang tampil dengan gaya bersahaja itu membuatkan ramai yang tampil memuji ketampanan MK.
Malah, ada juga yang menyedari perubahan gigi MK yang lebih putih daripada kebiasaannnya.
Namun, lain pula jika meninjau ruangan komen ada sesetengah netizen tampil mempersoalkan pemakaian gelang emas pada pergelangan tangan MK.
View this post on Instagram
Berdasarkan hukum, pemakaian gelang emas bagi seorang lelaki yang beragama Islam adalah haram sama sekali kecuali untuk golongan wanita.
Tidak kurang juga yang menasihati MK agar sentiasa menjaga imejnya kerana status dirinya sebagai selebriti dan mempunyai ramai pengaruh kerana perkara seperti itu boleh menimbulkan keraguan atau fitnah kepada orang lain.
Namun, MK tidak tampil memberikan respon mengenai perkara tersebut. Sekadar info, K-Clique merupakan sebuah kumpulan Hip Hop yang berasal dari Kota Kinabalu dan ditubuhkan pada tahun 2014. Kumpulan ini disertai lapan orang anggota yang terdiri daripada MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.
The post “Yang Lain Okay Dah Tapi Pakai Gelang Emas..” Netizen Kritik Gaya Pemakaian MK K-Clique first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments