#Hiburan: Berat Bayi Dah Hampir 2 Kilogram, Siti Nurhaliza Kongsi Perkembangan Kehamilan Anak Kedua

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil anak kedua telah berkongsikan perkembangan sepanjang kehamilannya untuk pengetahuan peminat yang sentiasa menantikan cerita daripada bintang popular ini.

Siti NurhalizaSumber : Instagram Siti Nurhaliza  

Menurut Siti, dia kini sedang sarat hamil enam bulan dan turut mendedahkan bahawa bayi dalam kandungannya kini sudah menghampiri berat dua kilogram.

Advertisement

Perkara tersebut telah dimaklumkan siti menerusi sebuah status yang dimuat naik menerusi akaun Insta Storynya semalam usai sahaja melakukan pemeriksaan kandungan di sebuah pusat perubatan.

“Alhamdulillah, baby A sihat dan nak masuk dua kg. Chubby baby. Ibu kena kuat nak bawa lagi dua bulan.” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Siti mengumumkan bahawa beliau sedang hamil empat bulan sekitar bulan Disember yang lalu selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Malah, dia turut mendedahkan bahawa kandungan keduanya kali ini merupakan seorang bayi lelaki dan berjanji akan mengumumkan nama bayi tersebut akan bermula dengan pangkal huruf A selepas tujuh hari kelahiran kelak, sama seperti yang dilakukan ketika kelahiran Siti Aafiyah dahulu.

Mengimbas kembali, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 3 tahun selepas 11 tahun menunggu zuriat.

The post Berat Bayi Dah Hampir 2 Kilogram, Siti Nurhaliza Kongsi Perkembangan Kehamilan Anak Kedua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments