#Hiburan: Didakwa Hadir Ke Hospital Untuk Pemeriksaan, Ayda Jebat Kini Hamil?

Pasangan sensasi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Januari yang lalu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir khabarnya baru sahaja menerima berita gembira.

Ayda JebatSumber : Instagram Ayda Jebat  

Memetik laporan sebuah media, Ayda didakwa hari ke sebuah pusat perubatan swasta untuk bertemu pakar perbidanan dan sakit puan kerana ingin melakukan pemeriksaan sekaligus wujud desas-desus yang mengatakan penyanyi dan pelakon itu kini hamil anak pertama.

Advertisement

Memetik sumber dipercayai, laporan berita daripada media tersebut menyatakan Ayda kini mengandung namun tidak dijelaskan pula berapa minggu usia kandungan penyanyi itu.

Media tersebut turut mencuba untuk mendapatkan jawapan daripada tuan badan itu sendiri namun tidak berjawab.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Difahamkan, Ayda dan Nabil masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut kepada umum memandangkan usia kandungan yang masih baru.

Malah, jika ditinjau di ruangan Twitter milik Ayda, dia ada memuat naik status menzahirkan rasa syukur meskipun tidak diketahui ditujukan untuk apa dan siapa.

Advertisement
Twitter Ayda JebatSumber : Twitter Ayda Jebat  

Gara-gara status itu juga, netizen tampil membuat andaian bahawa penyanyi lagu Pencuri Hati ini sedang hamil dan bakal bergelar ibu.

Dalam pada itu, Nabil juga ada memberi bayangan seolah-olah isterinya itu kini hamil apabila memuat naik Insta Story sambil mendengar perut Ayda sambil mengatakan ‘macam-macam bunyi.”

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Terdahulu, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di sebuah majlis yang diadakan secara sederhana bertempat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

The post Didakwa Hadir Ke Hospital Untuk Pemeriksaan, Ayda Jebat Kini Hamil? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments