Belum selesai kes perbicaraan membabitkan salah laku seksual membabitkan beberapa orang wanita, pendakwah selebriti Da’i Syed khabarnya bakal menceburkan diri dalam perniagaan menjual biskut.
View this post on InstagramAdvertisement
Perkara itu dihebahkan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.
Memuat naik tiga foto difahamkan untuk tujuan promosi perniagaannya itu, hantaran tersebut ternyata telah membuatkan penyokong setia Syed berasa tidak keruan.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat terutamanya di kalangan wanita berasa tidak sabar untuk merasai dan membeli air tangan jejaka berusia 26 tahun itu.
Malah ada yang meluahkan rasa terpegun dan jatuh hari melihat ketampanan Syed mengenakan apron.
Macam-macam hal!
The post Bakal Jadi Usahawan Biskut, Da’i Syed Kongsi Gambar Ala-Ala Chef Buat Peminat Tak Keruan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments