#Hiburan: Awal Dan Scha Kongsi Wajah ‘Baby L’, Peminat Sebak Tonton Video Detik Bersalin

Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya baru-baru ini secara eksklusif telah berkongsikan wajah anak perempuan kedua mereka menerusi siaran program Schawal Baby Boom, semalam.

IG SchaSumber : Instagram Scha Alyahya  

Menggelarkan anak kedua mereka sebagai ‘Baby L’, Awal dan Scha turut berkongsikan saat-saat melahirkan permata hati itu untuk tatapan peminat di luar sana.

Advertisement

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya juga dilihat memuat naik beberapa video ‘teaser’ di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Meninjau ruangan komen, peminat dan juga rakan artis yang mengikuti perjalanan Scha dari awal kehamilan sehingga baby L dilahirkan ternyata merasa terharu dan sebak tambahan melihat anak sulung pasangan ini iaitu Lara Alana memberi reaksi kepada kehadiran ahli keluarga baru mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“Pengalaman yang cukup berbeza, tapi sikit pun tak kurang hebatnya dari kelahiran Scha yang pertama, Lara Alana. Sejak melahirkan, Scha dihujani dan pertanyaan tentang kelahiran kedua kali ini, dan secara eksklusif malam ini (semalam), kami sekeluarga akan berkongsi dengan anda semua this magical moment with us. Dan untuk pertama kali, kami akan kenalkan anda semua dengan anak kedua kami. Semoga Baby L membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan membanggakan kami sekeluarga.”

Terdahulu, Baby L telah selamat dilahirkan di dunia pada tanggal 12 Februari yang lalu sekitar jam 9.15 pagi dengan berat kira-kira 3.2 kilogram. Pasangan romantis ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak pertama iaitu Lara Alana yang kini berusia 7 tahun.

The post Awal Dan Scha Kongsi Wajah ‘Baby L’, Peminat Sebak Tonton Video Detik Bersalin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments