#Hiburan: Kena ‘Warning’ Supaya Jangan Kacau Dini Schatzmann, Shaza Bae Gembira Watak Perampas Beri Kesan Kepada Penonton

Pelakon baru, Shaza Bae baru-baru ini telah menerima mesej amaran daripada individu tidak dikenali agar berhenti menganggu kekasih Janna Nick iaitu Dini Schatzmann.

Shaza BaeSumber : Instagram Shaza Bae  

Ini berikutan Shaza yang membawa watak sebagai perampas dalam drama terbaru, Marry Me Senorita iaitu sebagai Rosa Arabella.

Advertisement

Meskipun menerima mesej-mesej seperti itu, Shaza berkata dirinya berasa bersyukur dan gembira kerana watak antagonisnya itu telah memberikan kesan kepada penonton. Malah, tambah aktres ini lagi, ada juga yang meluahkan rasa sedih kerana tidak menyukai dirinya membawa watak jahat dalam sesebuah naskah drama.

View this post on Instagram

A post shared by SHAZA ? (@shazabae_)

“Saya ada terima DM daripada netizen yang kata nak lempang saya la..ada yang siap beri amaran jangan kacau boyfriend Janna. Pernah juga orang jumpa saya tanya, sampai bila saya nak jadi perampas. Bagi saya mereka cakap itu bukan ditujukan kepada saya tapi marah dengan karakter yang saya bawa. Walaupun dikecam dan terima mesej macam itu, saya rasa gembira.”

Menurut Shaza lagi, dia tidak kisah menerima kecaman kerana ianya menandakan bahawa lakonannya dalam drama berkenaan ‘menjadi’ dan akan berasa bimbang jika tiada sambutan dan respon daripada peminat drama.

View this post on Instagram

A post shared by SHAZA ? (@shazabae_)

Shaza dalam pada itu mengakui bahawa dia berasa agak gementar kerana ini kali pertama dia membawakan watak jahat dalam sesebuah drama. Shaza walaubagaimanapun memberitahu bahawa dia akan tetap membawa watak itu dengan penuh semangat meskipun tidak berasa selesa dengan solekan tebal dan sangat berlainan dengan karakter peribadinya ketika di luar penggambaran.

The post Kena ‘Warning’ Supaya Jangan Kacau Dini Schatzmann, Shaza Bae Gembira Watak Perampas Beri Kesan Kepada Penonton first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments