#Hiburan: Belanja RM10,000 Sebulan Untuk Kecantikan, Ayu Damit Tak Kedekut Dalam Menjaga Penampilan Diri

Bekas peserta program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-7, Ayu Damit mendedahkan bahawa dia membelanjakan kira-kira RM10,000 sebulan dalam mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuh.

Ayu DamitSumber : Instagram Ayu Damit  

Jelas Ayu, dia tidak kedekut untuk mengeluarkan wang sebanyak itu dalam menjaga penampilan diri kerana merasakan ianya satu pelaburan.

Advertisement

Tambahan pula, Ayu yang kini kembali aktif dalam bidang nyanyian serta kesibukan dirinya menguruskan aktiviti di ladang memerlukan dia untuk lebih prihatin dengan keadaan fizikal badan.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan..selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebabitu perlu ambil berat tentang penampilan. Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdullilah.”

Tambah penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini lagi, dia sebenarnya sangat takut akan jarum jadi untuk mengubah sesuatu di bahagian badan bukanlah keutamaan untuk dirinya. Kata Ayu, dia tidak kisah untuk melaburkan sejumlah wang dan menunggu lama dalam mendapatkan hasil yang baik asalkan produk yang digunakan tidak memudaratkan dan bahaya untuk tubuh badan.

Advertisement

Dalam pada itu, Ayu juga berkata dia enggan melakukan pembedahan atau suntikan di wajah untuk mendapatkan kulit putih dan hanya mengamalkan vitamin C dan makanan tambahan.’

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

“Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif.”

Perkembangan terkini, Ayu kini muncul dengan lagu baharu berjudul Permata hasil ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr dan sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Saudagar Seni Media.

The post Belanja RM10,000 Sebulan Untuk Kecantikan, Ayu Damit Tak Kedekut Dalam Menjaga Penampilan Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments