Nampaknya belum habis lagi isu yang mengaitkan pelakon Janna Nick dan peminat irama K-Pop berlegar di media sosial. Sehingga ke hari masih ada lagi yang bercakap mengenai isu tersebut, hebat sungguh penangan peminat K-Pop ini!
View this post on InstagramAdvertisement
Meskipun dikecam teruk, Janna Nick dilihat telah mengaktifkan semua media sosialnya difahamkan kerana tuntutan kerja dan promosi drama setelah menyah aktif akaun Instagram dan Twitter miliknya buat sementara waktu.
Berikutan itu, ramai rakan artis tampil memberi kata semangat menerusi sebuah foto yang dimuat naik Janna, semalam.
Tidak ketinggalan, kekasih hati Janna iaitu Dini Schatzmann dilihat turut menulis panjang lebar berupa kata-kata semangat dan mempertahankan buah hatinya itu.
Menurut Dini, Janna sebenarnya memiliki hati yang baik dan sentiasa berfikiran positif apabila berdepan ujian sebagai seorang artis.
“Penghujungnya hanya awak sendiri tahu niat dan isi hati awak. Orang yang rapat dengan awak lebih tahu siapa awak. Hanya Allah benar-benar mengetahui apa sebenarnya berada dalam hati awak, jadi jangan pernah berubah. Saya tahu awak punya kebaikan hati yang jarang ditemui. Awak positif dalam semua perkara, mengorbankan diri untuk menolong orang lain di sekeliling dan niat awak baik.”
Advertisement
Janna juga menulis dalam kapsyen foto tersebut yang sedikit sebanyak membayangkan apa yang terbuku dalam isi hati nuraninya setelah dihentam hebat beberapa hari yang lalu.
View this post on Instagram
Terdahulu, Janna telah menjadi sasaran netizen yang terdiri daripada peminat kumpulan nyanyian K-Pop, Black Pink sehingga wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty. Ini berikutan pengacara Melodi ini telah mempersendakan nama bintang K-Pop, Lisa daripada kumpulan tersebut apabila salah satu watak dalam drama arahannya, Delen dikatakan telah menggunakan nama Lisa BlackPig.
Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jong Hyun yang meninggal dunia pada 2017 yang lalu kembali diperkatakan setelah dikongsikan kembali oleh peminat-peminat K-Pop ini.
The post Dini Schatzmann Pertahan Janna, -“Saya Tahu Awak Ada Kebaikan Dalam Hati Yang Susah Dijumpai..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments