Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, selebriti terkenal Neelofa baru-baru ini ada memuat naik foto bersama-sama dengan bekas rakan pengacara di program hiburan MeleTOP iaitu Nabil Ahmad.
Ditemani ibu di sisi iaitu Datin Noor Kartini, Neelofa berkongsikan foto berkenaan menerusi ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
“Untuk menyampaikan kemanisan cintaMu Ya Allah. Can you guess?” tulis usahawan itu ringkas di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan beberapa spekulasi daripada peminat berikutan dengan perjumpaan tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa Nabil bakal menjadi hos dalam majlis pernikahan Neelofa bersama PU Riz, malah ada yang membuat andaian bakal ada program berunsurkan Islamik yang akan menampilkan pasangan duo ini.
View this post on Instagram
Namun, belum ada kata putus daripada tuan badan sendiri mengenai agenda di sebalik pertemuan itu. Sama-samalah kita nantikan!
The post Bertemu Kembali Dengan Bekas Rakan Pengacara, Neelofa Lantik Nabil Jadi Hos Majlis Perkahwinan? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments