Dalam diam, pelakon Aishah Azman telah memberikan perkhabaran gembira menerusi laman media sosial miliknya. Katanya, dia meluahkan rasa syukur kerana sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.
Wanita berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa dia sudah lama memendam keinginan untuk bertudung nekad merealisasikannya penghijrahan tersebut pada Jumaat lalu.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri dengan Allah dan sangat bersyukur kerana keluarga memberikan sokongan penuh terhadap perubahan imejnya itu.
“Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya. Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.”
Menjengah ke entri Instagram itu, kesemua peminat dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan syukur dan memuji kecantikan Aishah.
Dalam pada itu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia akan memilih tawaran berlakon yang lebih ideal dengan imej terbarunya itu selain meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Nekad dengan keputusan yang dibuat, Aishah juga dilihat telah memadam semua gambar yang menampakkan rambutnya di Instagram kini.
“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup
aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.”
Alhamdulillah!
The post “Rasa Sia-Sia Saja Solat 5 Waktu Tapi Tak Tutup Aurat..” – Aishah Azman Akui Sudah Berhijab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments