#Hiburan: Makin Sihat Dan Bersedia Untuk Dibicarakan, Kes Mahkamah Da’i Syed Ditangguh Ke 19 Mac Ini

Kes mahkamah yang melibatkan pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilaporkan akan mengadakan perbicaraan semula dan ditangguhkan kepada 19 Mac depan gara-gara fail kertas siasatan tidak dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya.

Dai SyedSumber : Instagram Dai Syed  

Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini itu dijadualkan untuk sesi sebutan kes dan penyerahan dokumen namun tertunda disebabkan isu yang dinyatakan di atas.

Advertisement

Difahamkan, fail serta dokumen berkaitan masih berada di pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor yang bertempat di Shah Alam.

Sementara itu, Da’i Syed yang ditemui media kelihatan mengenakan sut berwarna kelabu dan ditemani pengurus Aizat Jaafar di sisi. Syed juga memberitahu bahawa dia kini bersedia untuk dibicarakan di atas semua pertuduhan.

View this post on Instagram

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

“Saya sihat, Alhamdullilah semua baik dalam keadaan yang elok. Sudah tentu saya bersiap sedia untuk dibicarakan..Insyallah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan, yang menyokong saya. Saya OK, alhamdullilah makin gemuk,makin berisi..”

Terdahulu, Syed tampil menyatakan tidak bersalah di atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun yang lalu. Manakala di mahkamah berasingan, dia juga telah didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut koleh swasta berusia 22 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Menurut peguam yang mewakili Da’i Syed, Syed Amirul berkata anak guamnya akan dibicarakan di satu mahkamah sahaja jika proses serahan dokumen itu selesai kelak.

The post Makin Sihat Dan Bersedia Untuk Dibicarakan, Kes Mahkamah Da’i Syed Ditangguh Ke 19 Mac Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments