#Hiburan: Ajar Anak Tiga Bahasa Sejak Kecil, Yana Samsudin Kongsi Perkembangan Aisy Dalam Pembelajaran

Pelakon Yana Samsudin baru-baru ada berkongsikan perkembangan anak sulungnya iaitu Aisy Mateen yang kini berusia lima tahun.

Yana SamsudinSumber : Instagram Yana Samsudin  

Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagram anaknya untuk tatapan pengikut media sosial dan juga peminat.

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Yana turut mendedahkan bahawa dia telah memberi pendedahan kepada anak sulungnya dengan mempelajari tiga bahasa sejak kecil lagi.

Antara bahasa yang dimaksudkan Yana adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Tambahnya lagi, Aisy sangat menggemari subjek matematik di samping suka mengira dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen)

Advertisement

“Paling suka subjek matematik. Tapi Mateen lebih suka kira dalam Inggeris, dia cepat tangkap. Kalau Bahasa Melayu dia agak lambat sikit. Sebab masa baby lagi dah dedahkan tiga bahasa. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdullilah sekarang juga dah minat bahasa Arab dan Jawi.”

Menurut isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini lagi, dia tidak pula memaksa anaknya itu untuk belajar sebalik mahu Aisy mengetahui dan mengenali tahap serta potensi diri sendiri.

Kata Yana lagi, perkongsian mengenai Aisy itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berlumba dengan kebijaksanaan anak-anak yang lain namun berharap agar segala ilmu yang dicurahkan itu dapat digunakan Aisy untuk masa hadapan apabila sudah besar nanti.

Sekadar info, Yana Samsudin telah mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada tanggal 13 Februari 2015 yang lalu. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

The post Ajar Anak Tiga Bahasa Sejak Kecil, Yana Samsudin Kongsi Perkembangan Aisy Dalam Pembelajaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments