Penyanyi terkenal, Siti Sarah dalam hantaran terbaru di laman Instagramnya tampil mendedahkan empat sikap suaminya yang juga personaliti TV, Shuib Sepahtu yang mungkin ramai tidak tahu.
Menganggap pujian yang diberikan kepada Shuib bukan kerana dia bergelar suami, Siti Sarah mendedahkan bahawa usahawan itu seorang yang gemar bersedekah, tidak punya perasaan hasad dengki, tidak kenal erti penat dan tidak pandai untuk curi tulang dan bermalasan.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu Kesetiaan ini memuat naik video pendek yang memaparkan suaminya sedang membantu peniaga kecil menjual nasi lemak.
View this post on Instagram
“Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya..saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati. Ni sikap Shuib. No.1 sedekah, kedua jangan ada hasad dengki, ketiga dia tak tahu penat itu apa dan tak pandai curi tulang. Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga. Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu orang lain.”
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga turut mendoakan kesemua para peniaga dan juga usahawan untuk terus berjuang dan tidak sesekali putus asa dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ini.
View this post on Instagram
Dia dalam pada sempat mempromosikan beberapa perniagaan usahawan kecil di hantaran tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis memberi reaksi pelbagai dan ada juga yang mengkagumi kedua pasangan ini yang sentiasa tabah dan menyokong antara satu sama dalam menghadapi cabaran dalam mengusahakan perusahaan minuman berasaskan madu mereka iaitu Bubblebee.
The post “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya..” Siti Sarah Dedah Empat Sikap Shuib Yang Ramai Tidak Tahu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments