#Hiburan: “Imam Seorang Yang Penyabar Dan Kelakar..” Hannah Delisha Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami

Pelakon cantik manis, Hannah Delisha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang juga seorang pelakon, Imam Shah memberitahu bahawa dia memohon maaf kerana kurang selesa berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum.

Hannah Delisha Dan ImamSumber : Kosmo Online  

Dia yang mengejutkan peminat di atas perkahwinannya itu berkata, selama ini dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal-hal peribadi di media sosial tambah-tambah mengenai soal percintaan dan perhubungan.

Advertisement

Turut mengulas lanjut mengenai majlis pernikahannya bersama Imam Shah, Hannah meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Difahamkan, pernikahan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama.”

Pelakon drama 30 Pesanan Suara ini juga memaklumkan bahawa majlis perkahwinannya telah dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga daripada kedua belah pihak saja.

Advertisement

Berkongsi detik pengalaman bersama suaminya itu, Hannah berkata bahawa dia mengenali Imam ketika menjalani penggambaran drama bersiri Faculty di Singapura kira-kira lima tahun yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by imam shah (@imamemy)

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdullilah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga.”

Menambah mengenai majlis meraikan hari bahagia yang akan diadakan tidak lama lagi, Hannah memaklumkan tarikh majlis persandingan akan diumumkan usai sahaja keadaan negara kembali normal.

Perkembangan lain, Hannah kini sibuk menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian serta V-Log miliknya di saluran Youtube. Difahamkan juga dia bakal mengeluarkan rangkaian pakaian sedia untuk dipakai (Ready To Wear) dan Eksklusif menggunakan jenama Delicia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

The post “Imam Seorang Yang Penyabar Dan Kelakar..” Hannah Delisha Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments