#Hiburan: Dah Dirisik Sejak November Lalu, Uyaina Arshad Tiada Niat Rahsiakan Berita Gembira

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan bahawa dia sudah dirisik oleh keluarga kekasihnya, pelakon Raja Syahiran pada November tahun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Advertisement

Tiada niat untuk berahsia, Uyaina dan Raja Shahiran berkata mereka memilih untuk merahsiakan perkara tersebut di atas permintaan kedua belah pihak.

“Keluarga syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk merisik pada November tahun lalu. Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga kami terpaksa merahsiakannya sebelum ini.”

Menurut Uyaina lagi, hari berbahagia itu terjadi tanpa dirancang dan tiada sebarang majlis dibuat.

Uyaina Arshad Sumber : Instagram Raja Syahiran  

Malah, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga berkata dia pun tidak sempat bersiap kerana keluarga Raja Shahiran sekadar datang untuk memberikan sebentuk cincin sebagai tanda sudah dirisik serta berkesempatan untuk kedua belah keluarga berkenalan dengan lebih rapat.

Terdahulu, Uyaina dan Raja Shahiran mengakui mereka berdua sedang berkawan dan semakin mengenali antara satu sama lain sejak Mei tahun lalu.

The post Dah Dirisik Sejak November Lalu, Uyaina Arshad Tiada Niat Rahsiakan Berita Gembira first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments