#Hiburan: “Macam Siti Nurhaliza Ketika Muda!”- Manis Disolek, Peminat Puji Wajah Bella Astillah Persis Tokti Ketika Remaja

Penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya tampil agak lain dari kebiasaan setelah disolek.

Bella AstillahSumber : Instagram Bella Astillah  

Manakan tidaknya, ada peminat yang terkeliru antara dia dan penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Advertisement

Tampil menggayakan busana serba hitam, isteri kepada penyanyi Alif Aziz ini memuat naik foto tersebut sambil bertanyakan kepada peminat pendapat mengenai solekannya.

“Apa pendapat anda tentang gaya ini?” tanya Bella ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Peminat yang mengikuti perkongsian itu tampil memberi komen dan memuji wajah Bella persis dan saling tak tumpah seperti Siti Nurhaliza ketika muda remaja.

Komen Bella AstillahSumber : Instagram Bella Astillah  

Manis dan lebih ayu, begitulah komen yang ditinggalkan oleh peminat dan juga rakan artis dalam hantaran tersebut seperti Betty Rahmad, Neeta, Mawar Rashid dan ramai lagi.

The post “Macam Siti Nurhaliza Ketika Muda!”- Manis Disolek, Peminat Puji Wajah Bella Astillah Persis Tokti Ketika Remaja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments