#Hiburan: Didakwa Bercinta Dengan Anak Ahli Perniagaan Automotif Terkenal, Ini Jawapan Pelakon Mas Khan

Pelakon Mas Khan khabarnya telah mencuri perhatian peminat apabila dia agak kerap memuat naik foto bersama seorang wanita iaitu Diana Nasimuddin.

Mas Khan Nadia NasimuddinSumber : Instagram Mas Khan  

Jika ditinjau laman Instagram mereka berdua, Mas Khan dan Diana pernah juga memuat naik foto yang sama memaparkan mereka berdua serta gambar ketika sedang berada dalam sebuah percutian bersama keluarga di platform media sosial masing-masing.

Advertisement

Meskipun begitu, Mas yang ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai status sebenar dirinya bersama usahawan terkenal yang juga anak perempuan kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal.

View this post on Instagram

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Untuk yang tidak mengetahui, Diana dan ahli keluarganya yang lain menguruskan syarikat Naza Group Of Companies yang menjalankan bisnes berkaitan automotif sejak tahun 1975.

Sekadar info, pelakon Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan pernah hangat diperkatakan apabila dia mengaku bersalah mencuri ‘wallet’ mata wang kripto milik penerbit terkenal Datuk A. Aida yang bernilai hampir RM 215,000.

The post Didakwa Bercinta Dengan Anak Ahli Perniagaan Automotif Terkenal, Ini Jawapan Pelakon Mas Khan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments