#Hiburan: Dua Hari Sebelum ‘Swab Test’ Dah Menangis, Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Jalani Ujian Saringan

Pelakon Ezzaty Abdullah yang khabarnya telah dikehendaki untuk menjalani ujian calitan untuk saringan COVID-19 sebelum memulakan penggambaran drama telah tampil berkongsikan pengalaman kali pertamanya itu kepada peminat.

Ezzaty AbdullahSumber : Instagram Ezzaty Abdullah  

Kata Ezzaty, sebelum tibanya hari ujian saringan itu, dia telah menangis selama dua hari dua malam kerana terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut. Menurutnya lagi, dia memang seorang yang penakut dan telah menangis sepanjang malam kerana bimbang tidak mampu menahan kesakitan ketika ujian calitan dilakukan.

Advertisement

Dia juga dilihat telah berkongsikan saat ujian dilaksanakan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

“Ya Allah, tuhan saja tahu betapa gementarnya saya apabila tahu nak buat swab test. Dua hari dua malam menangis sebab takut, pagi tadi pun nangis lagi. Saya memang jenis yang tahan sakit, malah ambil darah dekat jari pun boleh menangis sakit.”

Dalam video tersebut, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini kelihatan menggigil ketakutan namun ditenangkan suami dan rakan artis yang berada di lokasi penggambaran.

Hasil ujian mendapati isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini bebas daripada jangkitan wabak merbahaya itu.

“Alhamdullilah keputusan dah dapat dan negatif! Semoga kita semua dijauhi daripada wabak COVID-19,” tulisnya ringkas.

The post Dua Hari Sebelum ‘Swab Test’ Dah Menangis, Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Jalani Ujian Saringan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments