#Hiburan: “Sebut Saja Nak Makan Apa..”- Tak Kekok Di Dapur, Datuk Seri Vida Pamer Bakat Kacak Masak Nasi Lemak

Selain Cik B, pengusaha kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) turut mempunyai anak lelaki iaitu Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak di kalangan peminat DSV.

Anak-anak DSVSumber : Instagram Dato Seri Vida  

Sering memuat naik aktiviti anak-anaknya di media sosial Instagram, DSV baru-baru ini telah mempamerkan bakat Kacak memasak di dapur dipercayai sedang menyediakan juadah nasi lemak untuk hidangan seisi keluarga.

Advertisement

Kacak yang kelihatan tidak kekok untuk beraksi di dapur itu dilihat telah menunjukkan kemahiran menanak nasi, membuat sambal tumis, telur rebus serta menggoreng ikan bilis dan kacang.

Malah, sebelum ini DSV turut berkongsi hasil masakan Kacak berupa Ketam Raja Alaska di laman Instagramnya.

Ketika meninjau ruangan komen, ramai peminat kagum akan aksi Kacak yang kelihatan seperti sudah biasa di dapur. Ada juga sesetengah netizen meminta DSV menghantar Kaccak ke sekolah masakan dan kulinari agar bakatnya boleh diperkembangkan lagi sehingga bergelar cef, suatu hari nanti.

The post “Sebut Saja Nak Makan Apa..”- Tak Kekok Di Dapur, Datuk Seri Vida Pamer Bakat Kacak Masak Nasi Lemak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments