#Hiburan: (VIDEO) ‘Berat Mata Melihat..’ – Ramai Terhibur Tengok Jebat Jayden ‘Curhat’, Marah Siapa Tu?

Mengutamakan anak lebih daripada segalanya, hubungan profesional Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dipuji ramai. Sharnaaz Ahmad dilihat sering meluangkan masa bermain dan bermanja bersama Jebat setiap hari. Malah, Sharnaaz difahamkan sudah beberapa kali membawa anak pulang ke kediamannya.

BACA: (VIDEO) ‘Rumah Aku Rumah Biasa Ja’ – Sharnaaz Ahmad Teruja Dapat Luang Masa Dengan Jebat Di Rumah

Advertisement

Terbaru, Jebat Jayden meraih perhatian menerusi sebuah video yang dimuat naik bapanya. Dalam video tersebut, Jebat dilihat membuat curahan hati dengan penuh perasaan. Bercucuran air mata!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Advertisement

Berat mata melihat. Berat lagi masalah negara Jebat Jayden.

Walaupun tidak jelas apa yang diperkatakan, Jebat Jayden dilihat bersungguh bercerita disusuli gaya tangan dan mimik muka. Di ruangan komen, Sharnaaz menjelaskan si anak mahu bermain boling sambil kereta bergerak. Sebaik sahaja bola jatuh, dia mula berasa sedih dan menangis. Adoi lah anak.

Selain peminat, rakan artis turut terhibur melihat telatah comel Jebat. Agaknya apalah yang dia bebel tu kan?

The post (VIDEO) ‘Berat Mata Melihat..’ – Ramai Terhibur Tengok Jebat Jayden ‘Curhat’, Marah Siapa Tu? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments