Bekas penyanyi kumpulan nasyid terkenal In Team iaitu Suhaimi Saad meluahkan rasa berang apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab telah memfitnah dan mengaibkan dirinya di laman Youtube.
Hebat dilanda kontroversi sejak kebelakangan ini, Suhaimi berkata pemilik video tersebut bukan saja memalukan dirinya malah turut ‘membuat duit’ menerusi muat naik video itu di Youtube.
Dia dilihat telah menzahirkan perasaan kecewa itu laman Instagramnya untuk perkongsian bersama pengikut media sosial serta peminat.
View this post on Instagram
“Aibkan orang, burukkan orang, fitnah orang, lepas tu buat duit. Dia belum kenal erti saman dan pembalasan. Tunggu!”, ujar Suhaimi di bahagian kapsyen.
Suami kepada penyanyi Ina Naim ini juga turut menggesa orang ramai agar membuat laporan salah laku terhadap kandungan video serta pemilik akaun Youtube berkenaan.
View this post on Instagram
Malah, dia juga telah memberikan amaran akan menyaman individu tidak bertanggungjawab tersebut di atas perbuatan fitnahnya itu.
The post “Aibkan Orang Lepas Tu Buat Duit!”- Buat Cerita Fitnah Di Youtube, Suhaimi Saad Beri Amaran Tunggu Surat Saman first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments