#Hiburan: “Lan Banyak Sangat Skandal!” – Dedah Mengapa Kahwin Lewat, Isteri Kata Lan Solo Banyak Teman Wanita

Nur Sheila Hassim yang merupakan isteri kepada penyanyi Lan Solo mendedahkan bahawa punca utama impian dirinya untuk mendirikan rumah tangga bersama penyanyi itu secepat mungkin adalah kerana Lan mempunyai banyak teman wanita dan skandal.

Lan SoloSumber : Instagram Lan Solo  

Sekadar berseloroh, Sheila mengimbau kembali kisah percintaan antara dia dan Lan sewaktu masih menuntut di bangku persekolahan dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Menurut Sheila lagi, impiannya itu tidak kesampaian kerana Lan mempunyai ramai kekasih dan peminat wanita ketika di zaman sekolah dulu.

“SPM eh? OMG…paper yang penuh debaran sebab tak sabar nak tunggu last paper kerana nak kahwin. Sudahnya lima tahun kemudian baru kahwin sebab Lan banyak sangat skandal masa tu! Malas la nak senaraikan, nanti orang cakap macam hot naw laki kau! Tapi memang hot pun..kan gelap-gelap eksotik tu..”

Perkara itu dikongsikan Sheila menerusi akaun Instagram sekadar hiburan bersama peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Terdahulu, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qaesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia 3 tahun.

The post “Lan Banyak Sangat Skandal!” – Dedah Mengapa Kahwin Lewat, Isteri Kata Lan Solo Banyak Teman Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments