Berperwatakan kelakar dan sempoi, Sherry Alhadad diakui menjadi salah seorang selebriti kegemaran ramai. Boleh dikatakan Sherry sangat versatil dan profesional apabila berada di kaca TV.
Malah, jika anda mengikuti perkembangannya di Instagram, Sherry gemar berkongsi aktiviti harian termasuklah senaman yang dilakukan di waktu senggang. Tidak hairanlah jika Sherry kelihatan semakin slim jika dibandingkan sebelumnya!
View this post on Instagram
Menerusi posting terbaru, Sherry Alhadad menarik perhatian ramai apabila tampil semakin kurus di dalam busana tradisional berwarna kelabu. Difahamkan, gambar tersebut diambil sewaktu rakaman konsert retro raya.
Raih pujian, ramai yang memuji usaha keras Sherry bersenam untuk mendapatkan hasil seperti ini. Cantik betul!
View this post on Instagram
Advertisement
View this post on Instagram
Mereka turut memberi kata-kata semangat supaya Sherry meneruskan usaha untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Bukan sahaja kurus, malah dapat juga mengelakkan diri daripada sebarang penyakit yang boleh merisikokan. Keep it up!
The post ‘Makin Kurus Makin Cantik’ – Penampilan Terbaru Sherry Alhadad Dipuji, Dah Slim! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments