#Hiburan: Netizen Komen Promosi Nasi Arab Tapi Makan Pakai Tangan Kiri, Ini Respon Mila Jirin

Penyanyi Mila Jirin yang kini mengusahakan perniagaan nasi arab ada memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menikmati hidangan enak itu sebagai rangka promosi untuk peminat dan pengikut di Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Advertisement

Namun yang menarik perhatian adalah apabila ada individu tampil memberi komen yang mengatakan Mila berkelakuan tidak sopan kerana telah menggunakan tangan kiri untuk menjamah makanan.

Menyedari komen negatif berkenaan, Mila tampil memberi penjelasan menerusi sebuah hantaran di ruangan media sosialnya itu untuk pengetahuan peminat.

Menurut penyanyi lagu Persis Mutiara ini, imej video berkenaan telah bertukar sisi kerana menggunakan kamera hadapan dan bukannya kamera belakang. Lalu, imej yang sepatutnya menunjukkan tangan kanan telah beralih ke arah kiri.

Advertisement

“Takkanlah saya nak hilang akal nak guna tangan kiri..camera kan mirror image. Cuba tuan ambil video lepastu tengok tangan kiri ke kanan?”

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Mila hanya ‘tepuk dahi’ apabila melihat komen sedemikian rupa.

Terdahulu, Mila atau nama sebenarnya Nursyamilla Jirin ini mengumumkan untuk tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan yang diusahakannya kini.

The post Netizen Komen Promosi Nasi Arab Tapi Makan Pakai Tangan Kiri, Ini Respon Mila Jirin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments