Penyanyi rap Bunga Is Me mengakui dirinya sering disamakan dengan wajah artis-artis wanita lain seperti Shalma Aina, Azira Shafinaz dan Iman Troye serta ramai lagi. Menganggap peminat hanya keliru, diakui wajahnya memang seakan-akan sama dengan personaliti seni yang disebutkan seperti di atas.
Tambah Bunga Is Me atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari,21, kepada media ketika sidang media secara virtual ini lagi, ada peminat pernah tersilap ingatkan dirinya sebagai Angelina Jolie.
“Ada yang menyamakan saya dengan Shalma Aina, Azira Shafinaz, Iman Troye dan ramai lagi. Mungkin seakan-akan sama itu yang membuatkan mereka keliru. Yang membezakan hanya dengan gaya berkaca mata. Kadangkala, ada juga yang tersilap ingatkan saya Angelina Jolie.”
Bunga merupakan penyanyi rap sering bertudung serta berbaju kurung ketika membuat persembahan mengakui dirinya masih ‘hijau’ dan belum mengecap populariti di kalangan peminat muzik tempatan.
View this post on Instagram
Dia yang mula menjadi perhatian ramai selepas mengadakan persembahan di Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura dan seterusnya tular dan menjadi tumpuan di media sosial.
Kini semakin melebarkan sayap, Bunga juga telah mengeluarkan single terbaru berjudul Intan Payung dan telah berkolaborasi bersama ratu etnik kreatif negara iaitu Noraniza Idris. Lagu tersebut difahamkan akan menggabungkan irama muzik tradisional dan moden.
View this post on Instagram
Lagu Intan Payung itu merupakan hasil idea daripada penyanyi Luca Sickta dan liriknya ditulis sendiri oleh Bunga Is Me.
The post “Ada Yang Ingat Saya Angelina Jolie..” – Bunga Is Me ‘Pening’ Disamakan Wajah Dengan Ramai Artis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments